Tuesday, August 25, 2009

Majlis Perasmian Tadarus

Bagi menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini, Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jabatan Agama SM Sayyidina 'Othman telah merasmikan majlis bertadarus pada 24 Ogos 2009. Sehubungan dengan itu, warga sekolah terutama sekali Menengah 4, 5 & 6 adalah dialu-alukan untuk mengikuti majlis tersebut pada waktu-waktu yang telah ditetapkan. Bagi Menengah 4 & 5 adalah pada waktu rehat manakala bagi Menengah 6 adalah pada waktu PS, rehat dan selepas jam 1 ptg (sehingga jam 2 ptg). Majlis ini akan dilanjutkan sepanjang bulan Ramadhan yang mubarak ini. Semoga amalan kita diberkati dan dikurniakan pahala yang berlipat ganda. Amin Ya Rabbal 'Alamin.

















Tuesday, August 18, 2009

MPP Surau Cleaning Campaign

On 17th August 2009, MPP has organised a cleaning campaign in SM Sayyidina 'Othman at its Surau. This was one of the activities planned by the council as contribution to the school.